Make your own free website on Tripod.com

SmK SunGkAi

Kenali sekolah saya

Muka Utama
Site Map
Mengenai SMES
Kakitangan SMES
Komuniti SMES
Pencapaian SMES
Hubungi Kami
REnuNgaN SEjenAK
Galeri SmEs

myspace

 
 Pintu utama untuk masuk ke sekolah smes
pintudepansekolah.jpg



Latar Belakang SMK Sungkai
 

Latar belakang SMKS


Wawasan Pendidikan SMKS
Wawasan Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai adalah Berdasarkan :-

Falsafah Pendidikan Negara
Wawasan 2020
Wawasan J.P.N (Perak No.1)

Keseluruhan wawasan ini dinyatakan di dalam piagam pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai.


Piagam Pelanggan SMKS

Kami para pendidik dan kakitangan sekolah ini dengan penuh kesedaran dan membulatkan tekad akan beriman merealisasikan falsafah pendidikan dan pengisian wawasan pendidikan dengan mewujudkan :-

Masyarakat dan berakhlak mulia.
Sekolah penyayang.
Budaya ilmu dan berfikir.
Budaya cemerlang

Melalui budaya kerja dan iklim sekolah yang inovatif, kreatif dan imaginative, Kami adalah pendidik dan bukannya pengajar.

 


Visi Sekolah
SMKS bergerak menuju ke arah "Perak Gemilang" Selaras dengan wawasan pendidikan.


Misi Sekolah
SMKS berusaha ke arah:-

Mencapai matlamat penguasaan Sains 60:40 menjelang 2005.
Merealisasikan penguasaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Peningkatan prestasi dalam semua peperiksaan.
Wakil sekolah

 


book.jpg

Mengenai SMK Sungkai
 

Dasar Sekolah

Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Negara serta lain-lain rancangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan

Mencapai cita-cita dan hasrat pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Meningkatkan mutu pendidikan dengan menekan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara.

Meletakan ilmu dan amal dalam satu kesatuan yang kukuh, yang menjalin imbang di antara intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Menguasai dan menjiwai Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Memupuk nilai-nilai yang dapat mewujudkan perpaduan antara rakyat.

Memberi pendidikan agama kepada pelajar-pelajar islam supaya menjadi insan yang taat kepada Allah S.W.T dan mengamalkan sifat-sifat terpuji.

Mengadakan hubungan yang rapat dengan semua pihak bagi kebajikan pelajar dan sekolah.

Membentuk satu kumpulan guru yang profesional dan mempunyai cirri-ciri keguruan yang positif, kreatif dan inovatif serta mengamalkan kerja-kerja yang sistematik bagi mencapai objektif sekolah dan perkhidmatan.


Matlamat Sekolah

Menempatkan SMK Sungkai ke tahap kejayaan dan menjadi kebanggaan di kalangan penduduk setempat dan masyarakat.

Meneruskan asas tradisi SMK Sungkai yang dapat dijadikan kebanggaan oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan masyarakat.

Menjadi SMK Sungkai sebuah sekolah terkenal melalui:

Sentiasa berusaha meningkatkan taraf pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik/ peperiksaan dari segi kualiti dan kuantiti.

Berusaha mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan olahraga peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Memberi tumpuan program kokurikulum melalui kegiatan persatuan, kelab dan unit badan beruniform untuk memperkukuhkan pengalaman sesuai dengan kurikulum formal.

Mendidik para pelajar SMK Sungkai sebagai pelajar yang berilmu dan beramal seoleh serta memiliki sifat-sifat terpuji.

Mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah.


Objektif Sekolah

Untuk memberi pendidikan yang sempurna bagi melahirkan warganegara yang berilmu dan mempunyai kemahiran tertentu.

Membina nilai-nilai budi pekerti yang mulia dan berdisiplin.

Memupuk dan memperkembangkan nilai-nilai kerohanian dan estetika.

Mewujudkan warganegara yang taat setia kepada Raja dan Negara.

Membina semangat bertanggungjawab terhadap sekolah.

Memupuk dan memperkembangkan nilai-nilai masyarakat demokratik dan Raja Berperlembagaan.

Lambang SMK Sungkai
Sejarah SMKS
 

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai selari dengan sejarah Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor kerana pada asalnya sekolah ini adalah cawangan sekolah tersebut yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Bidor. Sekolah Menengah Rendah Bidor ini ditubuhkan pada tahun 1965. Pada masa itu jumlah pelajarnya seramai 211 orang sahaja. Pelajar-pelajarnya menumpang di bangunan SRJK Choong Hua, Bidor dan di bangunan Sekolah Kebangsaan Bidor (tapak lama).

Sekolah Menengah Sungkai ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai cawangan Sekolah Menengah Rendah Bidor. Pada masa itu sekolah cawangan ini belum mempunyai bangunannya sendiri dan menumpang di SRJK (C) Khai Meng, Sungkai. Pada permulaannya, sekolah cawangan Sungkai ini mempunyai dua aliran iaitu Melayu dan aliran Inggeris. Aliran Melayu mempunyai 4 buah kelas, iaitu 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Penyelia sekolah cawangan ini ialah Encik Chan Siak Chee dan tenaga pengajarnya terdiri daripada 21 orang guru.

Pada tahun 1969, Guru Besar sekolah cawangan ini digantikan oleh Encik Sathanandan. Pada masa itu sekolah induk di Bidor telah mendapat bangunan baru. Bilangan pelajarnya termasuk pelajar yang berada di Sungkai berjumlah 1104 orang dan mempunyai 30 buah kelas. Oleh kerana bilangan pelajar telah bertambah, maka pada tahun itu juga cawangan di Sungkai dipisahkan dari sekolah induk di Bidor. Sekolah baru ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sungkai (kini sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai). Hanya pada tahun 1970, Sekolah Menengah Sungkai mempunyai bangunan sendiri iaitu di tapak yang ada sekarang. Guru Besar pertama bagi sekolah ini ialah Encik Chan Siak Chee. Ketika itu, kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai terdiri daripada 23 orang tenaga pelajar, seorang pelayan dan seorang amah.

Pada tahun 1974, apabila bilangan pelajar semakin bertambah, sesi petang terpaksa diadakan di Sekolah Menengah Sungkai iaitu bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kelas peralihan dan tingkatan 3 diadakan pada sesi pagi. Pada tahun itu, sekolah ini mempunyai 20 buah bilik darjah, 2 buah makmal sains, 2 buah bilik SRT, 1 buah perpustakaan, 1 blok bangunan Seri Perusahaan dan 1 buah kantin. Buat pertama kalinya Temasya Olahraga diadakan pada tahun 1971 manakala Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama diadakan pada tahun 1979. 

Tingkatan 4 aliran Sastera di Sekolah Menengah Sungkai dimulakan pada tahun 1975 dan pada tahun 1976, sekolah ini mula mempunyai calon untuk peperiksaan SPM. Pada tahun 1980, Encik Junus bin Wahid AMN.PPT dilantik menjadi Pengetua sekolah ini.  Pada tahun yang sama, sebuah lagi bangunan baru dibina.  Bangunan ini mengandungi 2 buah makmal Sains dan 5 buah bilik darjah.  Pada tahun 1981, sebuah bangunan surau didirikan.  Pada tahun itu juga majalah sekolah iaitu SUARA SETIA pertama kali menjadi tatapan warganya.  Tingkatan 4 aliran Sains pula mula diwujudkan pada tahun 1982.

Pada tahun 1983, Encik Nordin bin Haji Arshad menjadi Pengetua sekolah ini. Pada tahun yang sama juga, bangunan baru dikenali sebagai Blok E disiapkan. Mulai 1984, Bilik Gerakan Sekolah diwujudkan. Pada tahun itu juga tingkatan 4 Perdagangan diwujudkan. Sebuah dewan kuliah kecil dibina pada tahun 1985 dengan pengubahsuaian sebuah bilik darjah. Tingkatan 6 pula diwujudkan pada tahun 1989. 1 buah bangunan Makmal Komputer mulai beroperasi pada tahun 2002 dengan menempatkan 40 unit untuk pelajar, 2 unit untuk guru dan 1 unit untuk server.

Pihak pentadbir, tenaga pengajar dan kakitangan silih berganti. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai (dahulunya Sekolah Menengah Sungkai)  telah dan sedang menempuh arus perubahan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Semoga warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai mampu menghadapi cabaran dan boleh menjayakan Wawasan Perak No.1 dan Perak Gemilang.

 



UKURAN :
TINGGI TEGAK : 4.0 CM
LEBAR             : 3.8 CM
 
PENGERTIAN WARNA
KUNING           : KEMAKMURAN SEKOLAH DAN MELAMBANGKAN SULTAN SEBAGAI  
                          PEMERINTAH.
HITAM              : WARGA SMKS IAITU GURU, PELAJAR DAN PEKERJA YANG BERSATU HATI
                          UNTUK MENCAPAI CITA-CITA DAN MELAMBANGKAN RAJA DI HILIR IAITU WARIS
                          PEMERINTAH NEGERI PERAK.
PUTIH               : KESUCIAN, KEBERSIHAN, DAN KEINDAHAN SMKS
 
PENGERTIAN LAMBANG
TANGAN YANG MEMEGANG IJAZAH MENGGAMBARKAN KEAZAMAN YANG KUAT PARA PELAJAR UNTUK MENCAPAI CITA-CITA HINGGA KE PERINGKAT TINGGI.
RODA TENAGA MELAMBANGKAN PENGETAHUAN SAINS DAN TEKNOLOGI.

renzoku.gif